December 28, 2015

Maut terlanggar babi


Penduduk, Mohd Syahidan Jalaludin, 19, menunjukkan lokasi Aziz Wahab (gambar kecil) melanggar babi. - Foto NOR RAIDAH AWANG

Selama: Seorang lelaki berusia 44 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya berlanggar seekor babi di jalan Kampung Masjid Ijok, Batu Kurau, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 7 pagi itu, Aziz Wahab, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Selama.

Ketua Polis Daerah Selama Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata, mangsa yang berkerja sebagai tukang kayu, dalam perjalanan ke tempat kerjanya di sebuah sekolah menengah di sini.

Katanya, mangsa cedera parah di beberapa bahagian badan.

“Lelaki itu menunggang motosikal jenis Honda EX5 dipercayai gagal mengelak babi ketika melalui jalan itu dan siasatan lanjut masih dijalankan," katanya.

myMetro 28 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment