April 12, 2014

Kanak-kanak perempuan mati dipercayai didera

Ellysha Natasha


BATANG SADONG 11 April - Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang tinggal bersama ibu saudaranya ditemukan mati, dipercayai didera oleh bapa saudaranya sendiri, malam semalam.

Mangsa diserahkan oleh ibunya kepada keluarga itu untuk penjagaan, kerana terpaksa bekerja di Serian.

Menurut Ketua Polis Daerah Simunjan, Choo Yin Kok, hasil siasatan mendapati mangsa yang belajar di prasekolah di Sekolah Kebangsaan Sageng, mengalami pendarahan di bahagian kemaluan dan gigitan di tangan.

“Kita menerima laporan daripada Hospital Simunjan berhubung kejadian itu pada pukul 9.45 malam.

“Berikutan itu, polis menahan lelaki berusia 46 tahun yang bekerja sebagai pembantu am sekolah.

“Lelaki itu direman selama tujuh hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambah beliau, mayat mangsa akan dibedah siasat di Hospital Umum Sarawak, pada Ahad ini.

Utusan 11 Apr 2014


Bukan mangsa dera

Kuching: Bedah siasat ke atas mayat Elysha Natasha Mohd Shukri, kanak-kanak berusia enam tahun yang meninggal dunia kerana disyaki didera di Kampung Sageng, Simunjan, Khamis lalu mendapati kematiannya berpunca daripada jangkitan kuman pada organ dalaman.

Perkara itu disahkan sepasukan pakar forensik Hospital Umum Sarawak (HUS), di sini, yang turut mendapat bantuan pakar pergigian dari Hospital Kuala Lumpur (HKL), semalam.

Malah, bedah siasat turut mendapati kesan kecederaan pada tubuh kanak-kanak itu adalah kecederaan biasa termasuk gigitan pada tangan kirinya yang dikenal pasti bukan disebabkan individu dewasa, sebaliknya sepadan dengan gigi kanak-kanak sebayanya.

Ketua Polis Daerah Simunjan Deputi Superintendan Choo Yii Kok berkata, hasil bedah siasat juga mendapati tiada kesan kecederaan mencurigakan ditemui pada tubuh kanak-kanak itu yang juga pelajar prasekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Sageng, Simunjan.

Beliau berkata, pasukan forensik juga tidak menemui sebarang kemasukan objek atau koyakan pada kemaluan mangsa yang boleh mengaitkan kematiannya dengan penderaan seksual atau fizikal lain.

“Hasil laporan forensik menyatakan tiada unsur mencurigakan dalam kes kematian mangsa, malah kesan gigitan pada tangan kirinya sepadan dengan kesan gigitan kanak-kanak lain.

myMetro 15 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment