April 12, 2014

Misteri mayat rentung dalam kereta


KUALA LUMPUR - Misteri penemuan mayat seorang lelaki rentung dalam sebuah kenderaan mewah yang terbakar di sebuah tempat letak kereta Kondominium Danau Murni, Taman Desa dekat sini semalam mencetus tanda tanya kemungkinan berlaku unsur jenayah dalam kematian lelaki terbabit.

Dalam kejadian pukul 5.50 pagi itu, mangsa yang masih belum diketahui identitinya itu ditemui mati rentung di tempat duduk pemandu dalam kereta jenis BMW 5 Series yang terbakar di tempat letak kereta yang terletak di tingkat tiga bangunan berkenaan.

Sebuah kereta jenis Proton Iswara Aeroback turut ditemui terbakar bersebelahan kereta BMW di mana mangsa ditemui mati rentung.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail berkata, kebakaran tersebut disedari oleh pengawal keselamatan bangunan itu yang membuat rondaan di kawasan berkenaan sebelum menghubungi pihak bomba.

Kosmo 12 Apr 2014

0 comments:

Post a Comment