December 28, 2013

Penunggang motosikal maut tidak jauh dari HUS

KUCHING: Seorang pe­nunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kema­langan jalan raya di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce di sini, pagi semalam.

Mangsa yang dikenali se­bagai Allan Ilon, 26, dari Kampung Skiat, Bau dika­takan hilang kawalan ke atas motosikalnya selepas cuba mengelak sebuah kereta yang keluar dari simpang Hospital Umum Sarawak (HUS).

Dalam kejadian pada jam 9 pagi itu, motosikal yang ditunggangi oleh mangsa terbabas dan merempuh lampu isyarat.

Pasukan perubatan dari hospital tiba sejurus kemu­dian bagaimanapun juga gagal menyelamatkan mangsa.

Menurut saksi, mangsa dipercayai hendak menuju ke tempat kerjanya iaitu sebuah bengkel motosikal yang ter­letak di Saujana.

Mangsa merupakan anak ketiga daripada lapan adik beradik.

Mayat mangsa telah dibawa ke hospital untuk bedah siasat.

Utusan Borneo 27 Dis 2013

0 comments:

Post a Comment