December 28, 2013

Lelaki Filipina terbunuh dalam kebakaran rumah tumpangan


SIBU: Seorang lelaki warganega­ra Filipina maut dalam kebakaran melibatkan sebuah bilik rumah tumpangan di Jalan Wong Nai Siong, pagi kelmarin.

Mangsa yang berusia 30-an dipercayai maut selepas lemas akibat terhidu asap tebal yang menyelubungi bilik penginapan­nya itu.

Dalam kejadian awal pagi itu, mangsa yang masih belum dike­nal pasti identitinya dijumpai di bilik air rumah tumpangan terbabit.

Mangsa yang bekerja di se­buah kilang papan, difahamkan baharu tiba di sini dari Belaga pada Isnin lepas bersama dua rakannya.

Pada malam menjelang sambu­tan Krismas, mereka dikatakan telah pergi ke sebuah pusat hiburan di tingkat bawah ru­mah tumpangan itu untuk sesi minum.

Mangsa dan rakannya yang dipercayai mabuk, kemudian masuk ke bilik masing-masing pada kira-kira jam 2 pagi.

Pada kira-kira jam 6 pagi, rakan mangsa yang tinggal di bilik sebelah terhidu bau asap dari bilik mangsa. Kedua-dua mereka kemudian bertindak mengetuk pintu bilik mangsa, namun tidak mendapat bala­san.

Jabatan Bomba dan Penye­lamat Sentral yang menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 6.58 pagi, bergegas ke tempat kejadian dengan meng­gunakan dua jentera Scania serta 14 anggota.

Anggota bomba yang diketuai oleh PBKII Abang Kamalludin berjaya mengawal kebakaran pada jam 7.27 pagi. Turut sama dalam operasi ialah TPgB Mu­talib Ja’afar.

Mangsa mengalami kecederaan terbakar di bahagian tangan dan leher. Mayat mangsa dihantar ke bilik mayat Hospital Sibu oleh pihak polis pada kira-kira jam 8.30 pagi.

Utusan 27 Dis 2013

0 comments:

Post a Comment