November 4, 2013

Jurulatih lontar peluru negara meninggal dunia


KUALA LUMPUR: Jurulatih acara lontar peluru negara Mohd Nazar Abdul Rahim meninggal dunia akibat komplikasi jantung di Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini.

Allahyarham, yang bertugas sebagai jurulatih sepenuh masa dengan Majlis Sukan Negara (MSN), berusia 42 tahun.

Isterinya, Khairul Bariah Mohd Adam, 42, berkata suaminya meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi selepas mengalami masalah jantung sejak awal tahun ini.

"Keadaan beliau bertambah kritikal sejak dua hari lepas," katanya kepada pemberita di kediamannya di Taman Keramat di sini.

Khairul Bariah, yang bertugas sebagai guru di Sekolah Menengah Lembah Keramat di sini, berkata suaminya telah dimasukkan ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) sebanyak empat kali tahun ini iaitu pada Januari, Mei, Jun dan September.

myMetro 4 Nov 2013

0 comments:

Post a Comment