July 24, 2013

Anak OCPD Ampang Jaya disamun di Sentul

KUALA LUMPUR 24 Julai - Anak perempuan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin disamun di persimpangan lampu isyarat di Sentul di sini hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, kejadian berlaku kira-kira 10.05 pagi ketika mangsa yng berusia 34 tahun yang juga ahli perniagaan menghentikan keretanya di persimpangan lampu isyarat tersebut sebelum dihampiri dua lelaki bermotosikal.

"Penjenayah dipercayai menggunakan palam pencucuh atau besi untuk memecahkan cermin kereta mangsa di bahagian penumpang hadapan, sebelum melarikan beg tangan mangsa yang diletakkan di tempat duduk penumpang hadapan," katanya kepada Bernama.

Khairi berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek memakai topi keledar bertutup penuh berwarna gelap.

Mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan sementara jumlah kerugian mangsa masih dalam siasatan, katanya. - BERNAMA

24 Jul 2013

0 comments:

Post a Comment