July 26, 2014

Angkara cemburu buta

Pasir Puteh: Gara-gara cemburu melihat ramai lelaki membeli air minuman dijual isterinya di sebuah tapak pembinaan, di sini, seorang lelaki warga Myanmar tergamak menyimbah asid ke muka wanita itu menyebabkannya parah.

Kejadian dipercayai berlaku di sebuah rumah sewa di Jalan Pondok Lama, di sini, kira-kira 3.30 petang, kelmarin, selepas kedua-duanya bertengkar kerana cemburu buta si suami yang tidak tahan melihat isterinya yang juga warga Myanmar melayan pelanggan lelaki.

Sumber polis berkata, laporan dibuat adik mangsa dikenali Yusoff, 20, menyebut terdengar kakak dan abang iparnya berusia 30-an bertengkar sebelum lelaki itu memaksa Rashida Bibi Ali Hussein, 26, meminum asid.

“Ketika itu adik mangsa baru tiba di rumah sewa pasangan terbabit dan dia mendengar kedua-duanya bergaduh mulut sebelum suspek menyuruh mangsa minum asid.

“Berikutan keengganan mangsa minum asid terbabit, suspek dipercayai berang dan mengambil sebilah pisau lalu mengugut akan menikam mangsa jika tidak berbuat demikian.

myMetro 26 Jul 2014

0 comments:

Post a Comment