September 22, 2013

Dua lelaki warga Nepal terbunuh motosikal terbabas di selekoh

KUANTAN 22 Sept. - Dua lelaki warga Nepal terbunuh selepas motosikal dinaiki mereka terbabas ketika mengambil selekoh berdekatan Galing, Jalan Beserah di sini awal pagi tadi.

Menurut Ketua Polis daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohd Jasmani Yusoff, mangsa, Dammar Nath Kanwar, 27, dan pemboncengnya, Ik. Bahadur Niroula, 33, maut di tempat kejadian.

"Kejadian berlaku pukul 12.30 pagi apabila motosikal yang ditunggang Dammar dari arah bandar terbabas ke kiri jalan lalu melanggar penghadang besi di tepi laluan tersebut.

"Ekoran itu, kedua-dua mangsa tercampak dan mengalami kecederaan parah lalu maut," katanya.

Katanya, mayat dua mangsa terbabit kemudiannya dibawa ke rumah mayat Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk dibedah siasat.

Sumber Utusan Online 22 Sep 2013

0 comments:

Post a Comment