Rosli Ilham
am@hmetro.com.my
Chukai: Lelaki berusia 61 tahun ditemui mati dalam kereta di tapak pembinaan gudang di Kawasan Perindustrian Teluk Kalong di sini, 7.30 pagi ini.
Mayat Sharai Tahir ditemui adiknya dalam kereta Perodua Kancil selepas keluar mencarinya kerana tidak pulang dan gagal dihubungi.
Mangsa dikatakan bekerja sebagai pengawal keselamatan di kawasan berkenaan.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, mangsa ditemui dalam keadaan kepalanya tertunduk di stereng.
Menurutnya, mayatnya kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk proses bedah siasat dan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
myMetro Selasa, 11 Oktober 2016
LFL should defend the victims, too
-
TTDI, 30/april: Malaysia’s Lawyers For Liberty’s concern about a police
report lodged by the MCMC on a disgraced Australian blogger based in
Thailand is pe...
1 day ago
0 comments:
Post a Comment