Shah Alam: Polis sedang menjejak seorang lagi suspek yang dipercayai terbabit dalam kejadian samun dan rogol di Seksyen 6, Petaling Jaya, pada 6 Mei lalu.
Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat hari ini berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti lelaki berusia 30-an itu susulan selepas dua rakan suspek ditahan sebelum ini dan siasatan menunjukkan mereka bertanggungjawab dalam kejadian berkenaan.
Mengulas mengenai rakaman video yang tersebar di media sosial baru-baru ini, merakamkan sekumpulan lelaki melarikan diri dengan Perodua Myvi membawa barangan curi, Abdul Samah berkata pihaknya tidak menerima laporan berhubung rakaman itu dan akan menyiasat jika rakaman berkenaan ada kaitan dengan kes berkenaan.
Dalam kejadian itu, seorang wanita berusia 26 tahun menjadi mangsa rogol dan samun apabila rumahnya dimasuki sekumpulan lelaki kira-kira 8 pagi.
Ketika kejadian, mangsa sedang bersiap untuk keluar bekerja apabila kumpulan itu yang menaiki Perodua Myvi, masuk ke dalam rumahnya.
Mereka melarikan diri dengan barang berharga milik mangsa bernilai kira-kira RM100,000. - Bernama
myMetro 24 Mei 2016
Tunggu sakit , baru kita mengelupur nak ambil berat !
-
Sebenarnya aku penat nak cakap pasal kesihatan ni. Kalau ada yang
berfikiran aku sibuk cakap pasal ni dek kerana aku jual halia maka.. hurm ,
tak pe la. Ak...
17 hours ago
0 comments:
Post a Comment