May 27, 2016

Mati terjun tingkat 16

Rudy Syereme Sheriffudin
am@hmetro.com.my

Georgetown: Seorang gadis berusia 21 tahun ditemui mati selepas terjun dari tingkat 16 sebuah pangsapuri di Jalan Gangsa, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 3.20 petang, mangsa, Darshwim Premkumar, seorang pelajar kolej swasta dikatakan bergaduh dengan teman lelakinya yang berada di Ipoh, Perak.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, berdasarkan pemeriksaan awal mangsa dipercayai kecewa sebelum naik ke tingkat 16 dan meninggalkan selipar yang dipakai di kawasan koridor.

Katanya, keluarga mangsa kemudian mengesahkan selipar yang ditemui itu adalah milik mangsa.

"Punca sebenar kejadian masih disiasat dan kes diklasfikasikan sebagai kematian mengejut," katanya ketika ditemui di Program Pencegahan Jenayah Amaniya Timur Laut Bersama Komuniti di Flat Free School hari ini.

myMetro 27 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment