April 19, 2016

Lemas selepas kurang sejam mandi sungai

Mayat mangsa ditemui selepas lebih sejam operasi mencari di Sungai Galas,dekat Kampung Kemubu,petang tadi.

KUALA KRAI - Kegembiraan empat sahabat mandi manda di Sungai Galas dekat Kemubu hanya seketika apabila salah seorang daripada mereka lemas dalam kejadian, petang tadi.

Muhamad Fadhil Mohd Ghazali,10, dipercayai ke sungai berkenaan sekitar jam 3.00 petang.

Mangsa dikatakan lemas setelah kurang sejam mandi di sungai berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Abdullah Roning berkata, berdasarkan percakapan rakan mangsa, Mohd Ikram Rahisham mangsa ke kawasan dalam kira-kira jam 3.30 petang.

"Mangsa secara tiba-tiba  tenggelam .

"Mereka kemudiannya   segera meminta pertolongan penduduk,"katanya.

Abdullah berkata, operasi mencari mangsa dilakukan anggota dari Balai Polis Dabong dan penduduk Kemubu.

Mayat mangsa ditemui penduduk lebih satu jam kemudian.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Jenazah mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kuala Krai untuk bedah siasat.

Sinar Harian 15 Apr 2016

0 comments:

Post a Comment