December 31, 2015

Anak maut terjatuh depan mata


TEMPAT mangsa (gambar kecil) terjatuh. FOTO Nor Raidah Awang

Selama: Kanak-kanak lelaki lima tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga kuaters Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama, malam tadi.

Dalam kejadian 11 malam itu, mangsa, Aqeef Nifael Sharhafizie Afzal, bersama ibu bapanya dan baru pulang dari bercuti.

Mangsa dikatakan naik bersama ibunya ke rumah mereka yang terletak di tingkat tiga, sementara bapanya dan anak kedua sedang berkemas di kereta untuk naik ke rumah.

Ketua Polis Daerah Selama, Deputi Superintendan Loo Lian Lay berkata, ketika bapa mangsa dalam perjalanan di koridor ke lif, tiba-tiba mangsa jatuh dari atas ke tepi longkang blok Felicia di depan mata bapanya.

Katanya, ketika kejadian, tiada saksi lain selain daripada kedua ibu bapa mangsa.

"Hasil pemeriksaan awal daripada pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

"Mayat kemudian dibawa ke Hospital Selama untuk dibedah siasat dan jenazah akan dibawa ke kampung halaman ibu bapanya di Sungai Petani untuk pengebumian," katanya.

myMetro 31 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment