ALOR SETAR - Mayat seorang lelaki yang hampir reput dijumpai tergantung di sebatang pokok di kawasan hutan berhampiran Jalan Lencong Barat, Alor Setar di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata mayat itu dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan tersebut pada jam 1.30 petang.
Beliau berkata anggota polis bergegas ke tempat kejadian.
"Mayat telah dihantar ke hospital untuk bedah siasat dan punca sebenar kematian belum diketahui.
"Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. - Bernama
31 Mac 2014
Nak kurus atau turunkan berat badan ? Cuba tips ni !
-
Sesungguhnya , aku dah berjaya lakukan tanpa sebarang suppliment sintetik !
Heee... kalau dulu , aku nak turunkan berat badan , aku ambil fat burner
yang...
18 hours ago
0 comments:
Post a Comment