August 9, 2011

Rangka wanita Perancis di gua


KUANTAN - Wanita Perancis yang hilang tiga bulan lalu selepas melancong ke Pulau Tioman dekat sini ditemui dibunuh kejam dengan mayat mangsa ditanam dalam sebuah gua di Kampung Tekek di pulau peranginan itu semalam.

Mayat Stephanie Foray, 30, yang belum berkahwin ditemui pada pukul 1 petang oleh polis ekoran penahanan dua lelaki warga tempatan di Kampung Tekek pada 24 Julai lalu.

Mayat mangsa ditimbus dalam lubang di gua itu sedalam tiga meter dan polis mengambil masa empat jam untuk mengeluarkan rangka dipercayai milik Stephanie.

Seorang daripada suspek itu merupakan seorang ahli perniagaan berumur 44 tahun yang memiliki sebuah pondok ala inap desa dan sebuah kafe manakala seorang lagi suspek merupakan sepupu kepada ahli perniagaan itu.

Mengikut laporan sebuah akhbar sebelum ini, mangsa tiba di pulau itu dengan feri pada 10 Mei lalu melalui jeti Mersing di Johor dan didakwa tinggal di pondok milik ahli perniagaan itu.

Sejak masuk ke pulau itu, tiada rekod menunjukkan mangsa meninggalkan pusat peranginan tersebut sama ada melalui jalan air atau udara.

Berikutan itu, polis melancarkan gerakan mencari mangsa selepas menerima laporan daripada atase Perancis di Singapura mengenai kehilangannya pada 27 Jun lalu.

Mengikut satu sumber, Stephanie sebelum ini kerap berhubungan dengan keluarganya di Perancis melalui e-mel.

"Namun selepas keluarga mangsa tidak menerima kiriman e-mel mangsa dalam tempoh yang lama, mereka membuat laporan kepada atase Perancis di Singapura," kata sumber itu.

Polis kemudian menghebahkan kehilangan mangsa yang bekerja sebagai pegawai komunikasi di Perancis melalui Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Siasatan polis kemudian membawa kepada penahanan suspek pertama, seorang ahli perniagaan. Lelaki itu ditahan selepas polis berjaya mengesan penggunaan telefon bimbit milik mangsa oleh suspek terbabit.

Beberapa hari selepas penahanan ahli perniagaan itu, polis kemudian menahan sepupu kepada suspek pertama itu yang memiliki sebuah kebun.

Suspek pertama didakwa penduduk kampung pernah menaiki motosikal bersama Stephanie.

Sumber itu memberitahu, soal siasat terhadap kedua-dua suspek itu membawa kepada penemuan satu rangka manusia ditimbus dengan batu-batan di dalam sebuah gua di kampung tersebut. Jarak gua dengan pondok didiami mangsa ialah 100 meter.

Turut ditemui bersama rangka dipercayai milik Stephanie adalah sebiji bantal dan tilam serta cebisan pakaian.

Mangsa dipercayai dibunuh tiga bulan lalu ketika dia tinggal di pondok milik suspek pertama.

Mayat mangsa kemudian ditimbus dalam gua di belakang tempat pondok tersebut.

Motif pembunuhan masih disiasat. Polis juga menyiasat kemungkinan mangsa dirogol oleh kedua-dua suspek itu.

Mangsa dikatakan tiba di ibu negara pada 5 Mei lalu dengan sebuah penerbangan dari Colombo, Sri Lanka ke Terminal Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) Kuala Lumpur.

Selepas itu, mangsa pergi ke Melaka dan pernah menginap di Sayang Sayang Guest House, Kampung Hulu, Melaka.

Sementara itu, sumber Kedutaan Perancis di Malaysia ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang maklumat terkini mengenai Stephanie.

Kosmo
9 Ogos 2011


Mayat gadis Perancis dibedah siasat

MAYAT Stephanie Foray dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan di Kuantan semalam untuk dibedah siasat.

KUANTAN – Polis kini menjalankan siasatan terperinci berhubung kes penemuan tulang rangka pelancong wanita Perancis, Stephanie Foray, 30, yang dijumpai tertanam di sebuah gua di Pulau Tioman kelmarin.

Siasatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan gambaran sebenar termasuk motif dan cara mangsa dibunuh oleh dua suspek lelaki yang kini dalam tahanan polis.

Dalam pada itu, tulang rangka mangsa tiba di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini pada pukul 12.20 tengah hari semalam untuk dibedah siasat.

Pegawai Turus Urus Setia Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Asisten Supritendan Noor Asyikin Shamsuri berkata, pihaknya tidak membuat sebarang andaian berhubung motif wanita itu dibunuh.

“Kes masih disiasat melalui dua suspek yang ditahan baru-baru ini. Motif dan lain-lain perkara berhubung kes itu akan diberitahu selepas siasatan selesai,” kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Kosmo! semalam melaporkan mayat Stephanie Foray ditemui dibunuh kejam sebelum ditanam di sebuah gua di Kampung Tekek, Pulau Tioman kelmarin.

Mayat wanita yang masih belum berkahwin itu ditemui pada pukul 1 petang oleh polis ekoran penahanan dua lelaki warga tempatan pada 24 Julai lalu.

Seorang daripada suspek merupakan ahli perniagaan berusia 44 tahun yang memiliki sebuah pondok inap desa dan sebuah kafe manakala seorang lagi suspek merupakan sepupu ahli perniagaan tersebut.

Kosmo
10 Ogos 2011


Temui barang milik pelancong Perancis

KUANTAN: Polis merampas telefon bimbit dan menemui barangan peribadi milik pelancong Perancis, Stephanie Foray, 30, di rumah suspek yang membawa penemuan rangka dalam gua di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Isnin lalu.

Antara barangan peribadi milik Stephanie yang ditemui ialah kad bank, kad kredit, tiga rantai perak, dua gelang tangan berwarna kuning dan sebentuk cincin perak.

Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Abd Ghani, berkata pihaknya belum dapat mengesahkan punca kematian kerana masih menunggu laporan penuh daripada pihak patologi dan berharap keputusan ini akan diperoleh secepat mungkin.

“Motif pembunuhan belum dapat dibuktikan dan polis sedang menyiasat sama ada perbuatan itu dilakukan seorang atau lebih.

“Selepas menahan lelaki berumur 36 tahun, polis menahan lelaki berusia 44 tahun yang juga sepupu suspek pertama untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang, di sini, semalam.

Sharifuddin berkata, siasatan awal mendapati mangsa masuk ke Pulau Tioman menaiki feri Blue Water Express dari Mersing, Johor pada 10 Mei lalu tetapi tidak mendaftar keluar.

Isnin lalu, sepasukan polis yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner, T Narenasagaran menemui rangka manusia ditanam dalam lubang di sebuah gua di Kampung Tekek.

Rangka berkenaan ditanam dalam sebuah lubang sedalam kira-kira tiga meter dengan ditutupi bantal, tilam dan lapisan batu serta tanah.

Berita Harian
11 Ogos 2011


Peniaga didakwa bunuh pelancong warga Perancis

Asni Omar dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Pekan, semalam atas tuduhan membunuh Stephanie Foray di Kampung Tekek, Pulau Tioman, baru-baru ini.

PEKAN 23 Ogos - Seorang peniaga kecil-kecilan dari Pulau Tioman hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan membunuh pelancong wanita warga Perancis, Stephanie Foray yang dilaporkan hilang sejak tiga bulan lalu.

Asni Omar, 36, didakwa membunuh Stephanie yang berusia 30-an di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman antara pukul 8 malam, 10 Mei hingga 12 tengah hari, 12 Ogos lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman mati mandatori.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Majistret Emma Shahriana Ali kemudian membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Amalina Zainal Mokhtar untuk memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

Tiada tarikh sebutan ditetapkan.

Foray yang berasal dari Bour En Bresse, Perancis, dilaporkan hilang sejak 8 Mei lalu dan susulan laporan polis oleh keluarga wanita itu menerusi wakil Perancis di Singapura, dia didapati telah berkunjung ke Pulau Tioman pada 10 Mei lalu dan tidak pernah mendaftar keluar.

Siasatan lanjut polis membawa kepada penemuan rangka manusia yang dipercayai Foray, ditanam sedalam tiga meter di sebuah gua di kampung itu pada 8 Ogos lepas.

Utusan
24 Ogos 2011


Asni jumpa botol arak cederakan pelancong

KUANTAN - Saksi pendakwaan memberitahu mahkamah, Asni Omar, 37, yang dituduh membunuh Stephanie Foray, 30, mencari dan menjumpai sendiri botol arak jenama Malibuyang dijadikan senjata untuk mencederakan mangsa ketika tertuduh dibawa oleh polis ke tapak pelupusan sampah Sarang Tiong di Rompin dekat sini.

Perkara tersebut diberitahu saksi kedua pendakwaan, Lans Korporal Jef Anashrul Mohd. Jaafar ketika dia disoal peguam bela Hisham Abd. Rahim yang mewakili tertuduh semasa perbicaraan yang masuk hari kedua kes pembunuhan pelancong wanita warga Perancis di Mahkamah Tinggi Kuantan di sini semalam.

Jef berkata, sebelum menemui botol arak itu, dia merupakan antara beberapa anggota polis yang mengiringi tertuduh ke lokasi pelupusan sampah itu untuk mencari barang bukti.

Kata saksi itu, polis meminta tertuduh mencari botol arak itu selepas usaha mencari botol arak yang diberitahu tertuduh digunakan sebagai senjata untuk mencederakan Stephanie gagal ditemui oleh polis yang mencari satu jam di lokasi sama.

Jef memberitahu, tertuduh menemui botol arak itu hanya selepas kira-kira 10 minit tertuduh diiringi mencari botol itu di tapak pelupusan sampah tersebut.

Kosmo 19 Mei 2012


Kes bunuh wanita Perancis: Kesan air mani pada tilam

KUANTAN - Ahli kimia, Nor Aidora Saedon, 39, yang juga saksi ketiga kes  pembunuhan pelancong warga Perancis, Stephanie Foray memberitahu Mahkamah Tinggi semalam bahawa terdapat kesan darah dan air mani pada tilam yang diserahkan kepada jabatannya tahun lalu untuk ujian DNA.

Menurutnya, barangan lain yang dikemukakan termasuk bantal, baju lengan panjang, tilam kecil, selendang, paip air, tuala dan sebuah beg kain yang turut dikemukakan hanya terdapat kesan kotoran dipercayai darah.

Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib, pakar dalam forensik DNA itu berkata, sebanyak 36 barang  dihantar ke Jabatan Kimia oleh Lans Koperal Mohd Nor Rahmat pada Ogos tahun lalu untuk dianalisis.

“Sebanyak 30 barang bukti diserahkan  pada 12 Ogos manakala enam lagi dihantar tiga hari kemudian manakala satu resit dikeluarkan bagi semua barang itu sebelum semuanya disimpan dalam bilik sejuk,” katanya.

Nor Aidora hadir memberi keterangan pada perbicaraan Asni Omar, 37, yang didakwa membunuh mangsa di sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman  antara jam 8 malam, 10 Mei hingga jam 12 tengah hari, 12 Mei tahun lepas.

Beliau berkata, antara barang lain yang dikemukakan kepada jabatannya untuk dianalisis termasuk botol minuman keras jenama Malibu yang dipercayai digunakan sebagai senjata pembunuhan bagaimanapun botol tersebut tidak terdapat kesan darah.

“Turut diserahkan beberapa barangan lain termasuk, berus gigi, pisau pencukur, pakaian dalam dan selipar,” katanya.

Nor Aidora berkata, dia menjalankan ujian profil DNA kepada barangan itu sebelum satu laporan dikemukakan kepada pihak polis.

Perbicaraan dijalankan di hadapan Hakim Datuk Mariana Yahya manakala pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib, Nor Azizah Mohamad dan Farahah Ahmad Nazri.

Tertuduh  diwakili  lima peguam, Mohammad Hisham Abdul Rahim, , Kamaruddin Ibrahim, Noor Adilah Zarian, Haranay Suraya dan Datuk  Ng See Teong.

Perbicaraan kes tersebut akan disambung hari ini.

Sinar Harian 22 Mei 2012


Kes bunuh Stephanie Foray: Ibu beri keterangan hari ke-6 perbicaraan

KUANTAN - Ibu pelancong wanita Perancis yang dibunuh di Pulau Tioman tahun lepas hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa anak perempuannya, Stephanie Foray, 30, mengambil cuti dua tahun untuk mengembara dan mempunyai visa lima bulan ke negara India.

Irene Mortel, 50, yang bekerja sebagai tukang masak di Perancis berkata demikian ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Salim Soib@ Hamid pada pemeriksaan utama, sama ada beliau mengetahui mengapa anaknya pergi ke luar negara.

Mortel memberi keterangan sebagai saksi keempat pada hari keenam perbicaraan Asni Omar, 37, yang didakwa membunuh Foray di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin antara 8 malam, 10 Mei dan 12 tengah hari, 12 Mei tahun lepas.

Mortel memberitahu kali terakhir dia bersama anak perempuannya itu ialah pada 8 November 2010 di rumahnya di Lescheroux, Perancis sebelum terputus hubungan dengan mangsa pada 8 Mei 2011.

"Pada hari terakhir sebelum dia ke India, saya menghabiskan sepanjang hari bersama-samanya di rumah kami dan ada mengambil beberapa keping gambar sebelum saya menghantarnya ke lapangan terbang," katanya dalam Bahasa Perancis dan kemudian diterjemahkan ke Bahasa Malaysia oleh jurubahasa, John Gicquel.

Mortel turut memberitahu mahkamah bahawa anaknya adalah seorang yang periang, suka tersenyum, gemar bersukan dan sangat berminat untuk mengetahui dan mempelajarai adat serta budaya negara yang akan dilawatinya.

"Dia juga ada menghubungi saya menerusi e-mel, surat, panggilan telefon dan kiriman bungkusan sepanjang dia berada di luar negara dan kali terakhir saya menerima khabar darinya ialah pada 8 Mei 2011," katanya.

Pada masa itu, katanya Foray memberitahu, dia berada di sebuah bandar kecil di Malaysia selepas menghabiskan masa selama dua hari di ibu negara.

Keadaan di dalam mahkamah menjadi sayu apabila Mortel yang sebelum ini sentiasa tenang menjawab soalan pihak pendakwaan tiba-tiba mengalirkan air mata apabila Salim memintanya mengecam beberapa barang peribadi milik si mati termasuk sehelai skirt berbunga biru dan merah.

"Adakah kamu selalu nampak Stephanie (Foray) memakai pakaian ini ketika di Perancis?, soal Salim.

"Tidak. Tapi saya mengecamnya menerusi gambar-gambar yang dikirimnya menerusi bungkusan yang dipos kepada saya," kata Mortel sambil mengesat air mata.

Sementara itu di sebelah petang, Mortel turut mengecam salinan surat bertulisan tangan Foray yang dikirimkan kepadanya bertarikh 9 Februari 2011, yang menceritakan anaknya ketika itu berada di India.

Kandungan surat itu turut menceritakan Foray dibawa menaiki sebuah motosikal oleh seorang pemuda untuk melihat tempat pembuangan abu mayat daripada sebuah jambatan di negara itu.

Perbicaraan disambung esok.- Bernama

24 Mei 2012


Kes bunuh: Ibu Foray berang ditanya jenama barang peribadi

KUANTAN - Isu jenama beberapa barangan peribadi milik pelancong wanita Perancis Stephanie Foray, 30, yang dibunuh di Pulau Tioman tahun lepas menyebabkan ibu mangsa Irene Mortel, yang memberi keterangan hari ini berang apabila ditanya berulang kali oleh peguam bela.

Peguam Mohd Hisham Abd Rahim yang mewakili tertuduh, Asni Omar, 37, bertanyakan jenama barangan milik Stephanie yang dijadikan bahan bukti kes itu termasuk beg, sehelai blaus dan sepasang baju mandi kepada Mortel.

Mohd Hisham: Adakah kamu tahu jenama baju renang milik anak perempuan kamu ini?

Mortel: Tidak. Tapi saya pernah nampak Stephanie memakainya beberapa kali ketika di Perancis.

Mohd Hisham: Adakah kamu tahu jenama beg berwarna hitam dan kelabu yang dikatakan milik Stephanie dalam gambar ini?
 
Persoalan ini membangkitkan kemarahan Mortel dan beliau berkata: Tidak. Saya tidak tahu. Saya dan Stephanie tidak pernah mengambil tahu mengenai jenama barangan kami. Malah baju yang saya pakai ini pun saya tidak tahu jenama apa.

Mohd Hisham juga menyoal mengenai jenama sebuah kamera yang dipercayai dibawa oleh Stephanie semasa mengembara ke luar negara.

"Dia (Stephanie) ada sebuah kamera digital. Tapi tidak tahu jenama apa.

Saya fikir pihak polis Perancis tahu sebab mereka menyiasat kes ini," kata Mortel.

Mortel memberi keterangan sebagai saksi keempat pada hari keenam perbicaraan Asni, yang didakwa membunuh Foray di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin antara 8 malam, 10 Mei dan 12 tengah hari, 12 Mei tahun lepas.

Bagaimanapun ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya Salim Soib @ Hamid adakah beliau ada menerima kembali kamera itu daripada pihak polis Perancis atau Malaysia, Mortel berkata: Tidak. Saya diberitahu kamera itu tidak dijumpai.
 
Sebelum itu emosi Mortel dilihat terganggu dan tidak dapat menahan perasaan apabila Salim memintanya mengecam imej sebuah kamera digital berwarna merah dalam sekeping gambar yang dijadikan bahan bukti kes.

"Kamera itu (berwarna merah) dihadiahkan kedua-dua anak saya (Stephanie dan Vanessa) semasa hari jadi saya iaitu sebelum Stephanie berangkat ke luar negara, saya ada membawa kamera itu bersama saya sekarang," katanya.

Mortel juga memberitahu bahawa anaknya tidak pernah ke Malaysia sebelum ini dan dia hanya tahu mengenai perjalanan Stephanie ke negara ini setelah dia diminta oleh pihak imigresen Sri Lanka memilih destinasi seterusnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mariana Yahya bersambung 30 Mei ini.- Bernama

25 Mei 2012


Kes bunuh wanita Perancis: Sampel darah pada kad FTA tercemar

KUANTAN - Pegawai Perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Dr Fong Chee Khai memberitahu Mahkamah Tinggi Kuantan bahawa sampel darah ibu Stephanie, Irene Mortel dan kakaknya, Vanessa Foray yang dititiskan di atas kad Fast Technology Analysis (FTA) untuk tujuan ujian DNA rosak teruk dan berkemungkinan tercemar.

Saksi itu turut bersetuju bahawa kedua- dua sampel ditandakan sebagai P76 dan P78 lebih teruk keadaannya sekarang berbanding ketika dia mula-mula melakukan pensampelan, 12 Ogos 2011.

Dia berkata demikian ketika jawapan soalan Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib@Hamid berhubung perbezaan keadaan kedua-dua kad FTA itu pada hari kelapan perbicaraan kes Asni Omar, 37, yang dituduh membunuh Foray, 30, di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin, 12 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, doktor itu masih boleh membezakan dua sampel berkenaan dan boleh membaca nama Vanessa pada sampel bertanda P76 tetapi nama Irene tidak dapat dibaca pada sampel P78.

Semasa disoal balas peguambela, Datuk Ng See Teong sama ada sampel P76 masih boleh digunakan lagi, Fong berpandangan sampel darah pada kad FTA itu telah tercemar tetapi tidak pasti boleh digunakan untuk ujian lain atau tidak kerana ia di luar bidangnya.

Sinar Harian 1 Jun 2012


Kes Stephanie Foray: Si mati mungkin dirogol - Pakar forensik

KUANTAN - Pakar Forensik Perubatan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak menolak kemungkinan pelancong wanita Perancis Stephanie Foray dirogol sebelum atau selepas kematiannya.
 
Dr Sri Marni Zainal Abidin yang menjadi saksi ke-11 pihak pendakwaan dalam kes pembunuhan Foray di Pulau Tioman tahun lepas, berkata kemungkinan itu boleh berlaku setelah beliau menjalankan bedah siasat jasad si mati yang hampir reput pada 8 Ogos 2011 di HTAA dengan dibantu Pakar Forensik dari Hospital Kuala Lumpur, Dr Nurliza Abdullah.
 
Sri Marni dalam keterangannya berkata dalam laporan bedah siasatnya Foray mungkin dirogol setelah sampel daripada kemaluannya yang dihantar ke Jabatan Kimia mengesahkan terdapat kesan air mani.
 
"Ini menunjukkan berlakunya hubungan seksual serta mengambil kira empat keretakan tulang berlaku di sekitar bahagian mukanya, saya tidak menolak kemungkinan si mati mungkin dirogol," katanya ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Salim  Soib@Hamid.
 
Sri Marni juga menjelaskan bahagian sulit Foray hampir tidak dapat dikenal pasti akibat proses pereputan tetapi beliau berjaya mengambil sampel daripada bahagian yang mempunyai bulu pubik.

Namun ketika ditanya Salim sama ada perlakuan seksual tersebut berlaku selepas atau sebelum Foray dibunuh, Sri Marni tidak dapat menentukannya kerana jasad si mati mengalami proses pereputan.
 
"Sekiranya masih ada tisu atau kulit yang belum reput, ada kemungkinan ia boleh menunjukkan sama ada hubungan seksual itu berlaku sebelum atau selepas kematian si mati," katanya.
 
Sri Marni memberi keterangan pada hari ke-14 perbicaraan ke atas Asni Omar, 37, yang didakwa membunuh Foray di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin antara 8 malam, 10 Mei dan 12 tengah hari, 12 Mei tahun lepas.
 
Beliau juga memberitahu mahkamah, bahawa menerusi ujian etimologi dan pereputan jasad Foray, masa kematian dianggarkan antara empat minggu hingga tiga bulan.
 
Dalam pada itu, Sri Marni juga memberitahu kematian Foray adalah akibat kecederaan kepala yang disebabkan oleh benda yang tumpul dan keras yang menyebabkan keretakan beberapa tulang pada bahagian muka dan tengkorak kepala mangsa.

Ketika menjawab soalan Salim, Sri Marni berkata apa-apa sahaja objek termasuk besi, kayu mahupun sebiji botol boleh menyebabkan kecederaan sedemikian sekiranya ia mempunyai permukaan yang keras dan tumpul.
 
"Pemeriksaan terhadap jasad Foray juga tidak menunjukkan apa-apa kesan penyakit yang signifikan yang boleh menyebabkan kematian pada masa Foray meninggal dunia.
 
"Ini dapat dipastikan menerusi pemeriksaan saya di bahagian organ dalaman utama contohnya jantung, paru-paru dan hati mangsa. Walaupun organ-organ berkenaan mengalami proses pereputan dan kering, kesan penyakit tidak kelihatan," katanya.
 
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mariana Yahya bersambung esok. - Bernama

20 Jun 2012


Kes Stephanie Foray: Leher Si Mati Mungkin Cedera - Pakar Forensik

KUANTAN: Pakar Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis bahawa leher wanita warga Perancis, Stephanie Foray, mungkin mengalami kecederaan dan pendarahan.

Dr Sri Marni Zainal Abidin yang menjadi saksi ke-11 (SP11) perbicaraan dalam kes pembunuhan Foray di Pulau Tioman tahun lepas itu berkata demikian ketika Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib @ Hamid merujuk kepada laporan bedah siasat yang dijalankannya terhadap jasad Foray sebelum ini.

Dr Sri Marni dalam keterangannya tidak menolak kemungkinan leher si mati cedera walaupun sukar untuk dipastikan kerana ketika pembedahan dilakukan jasad Foray mengalami proses pereputan dan terdapat tuala di sekeliling lehernya.

"Saya juga tidak menolak kemungkinan ada pendarahan pada bahagian leher dan ada kemungkinan tuala di sekeliling leher si mati digunakan untuk menutup pendarahan yang mengalir dari bahagian kepala atau mungkin juga ia (tuala) berada di situ tanpa apa-apa sebab," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyambung keterangan pada hari ke-15 perbicaraan ke atas Asni Omar, 37, yang didakwa membunuh Foray di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin antara 8 malam, 10 Mei dan 12 tengah hari, 12 Mei tahun lepas.

Terdahulu, pada perbicaraan di sebelah pagi, Salim bertanyakan kepada Dr Sri Marni mengapa terdapat percanggahan laporan radiologi x-ray jasad si mati yang disediakan oleh Pakar Radiologi HTAA Dr Mubarak Mohd Yusof, dengan laporan bedah siasatnya.

Pakar forensik itu berkata, Mubarak menyediakan laporan itu berdasarkan gambar sinar x yang diambil sebelum ini dan mendapati tengkorak kepala si mati tidak mengalami keretakan dan komen yang sama turut dinyatakan terhadap tulang rahang bawah, tulang humerus kanan, tulang servikal dan torasik vertebrae, tulang femur dan tibia kanan dan tulang kaki kanan dan kiri.

"Sedangkan, saya dan rakan, Pakar Forensik dari Hospital Kuala Lumpur iaitu Dr Nurliza Abdullah menjalankan bedah siasat terhadap tulang-tulang itu sendiri dan kami mendapat penglihatan secara terus terhadap sampel tulang-tulang berkenaan.

"Tambahan pula, terdapat keretakan-keretakan halus pada tulang-tulang ituyang tidak dapat dikesan dengan jelas menerusi gambar sinar x," jelasnya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mariana Yahya ditangguhkan sehingga 30 Julai depan kerana pihak pembela memerlukan masa yang agak panjang untuk menyediakan hujah-hujah bagi pemeriksaan balas terhadap pakar forensik itu.

"Ini kerana SP 11 (Dr Sri Marni) memberi banyak keterangan yang pada asalnya tidak ada dalam laporan bedah siasat (P 118) seperti laporan radiologi, laporan rekod pergigian dan laporan unit entimologi perubatan dan dengan itu kami memerlukan sedikit masa untuk bersedia menyoal balas SP 11," kata peguam Muhamaad Hisham Abdul Rahim. - BERNAMA

22 Jun 2012


Kes Bunuh Stephanie Foray: Mustahil Si Mati Jerut Lehernya Sendiri - Pakar Forensik

KUANTAN: Mahkamah Tinggi di sini Selasa diberitahu bahawa kematian pelancong wanita Perancis, Stephanie Foray di Pulau Tioman tahun lepas bukan akibat dia menjerut lehernya sendiri.

Pakar Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Dr Sri Marni Zainal Abidin berkata demikian ketika disoal semula oleh Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib @ Hamid sama ada kecederaan di leher si mati berpunca atas tindakannya sendiri.

Dr Sri Marni berkata, ia adalah mustahil walaupun kemungkinan tersebut wujud ekoran terdapat tuala yang ditemui di sekeliling leher si mati ketika beliau melakukan bedah siasat ke atas jasad si mati.

"Walaupun ada kemungkinan, pada pendapat saya rasa agak sukar untuk si mati melakukannya (menjerut leher dengan tuala) sendiri berikutan ketika bedah siasat dilakukan saya mendapati simpulan tuala di leher si mati terletak di bahagian belakang," katanya.

Dr Sri Marni, saksi ke-11 pihak pendakwaan dalam kes pembunuhan Foray itu menyambung keterangan pada hari ke-17 perbicaraan ke atas Asni Omar, 37, yang didakwa membunuh Foray di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin antara 8 malam, 10 Mei dan 12 tengah hari, 12 Mei tahun lepas.

Beliau juga ketika memberi keterangan turut mengulangi pendapatnya sebelum ini bahawa empat keretakan yang berlaku di bahagian kepala si mati boleh menjadi penyebab kematian, tanpa penyakit signifikan lain seperti sakit jantung atau strok.

"Tiga keretakan di tepi kanan kepala sahaja boleh menyebabkan kecederaan dalaman kepala, kulit, tisu dan organ dalaman termasuk otak. Ia juga boleh menyebabkan kecederaan pada rongga mulut, tisu, kulit dan organ persekitaran yang boleh menjejaskan ruang pernafasan," katanya.

Peguam bela, Muhammad Hisham Abdul Rahim kemudian menyoal Dr Sri Marni sama ada si mati menjadi mangsa keganasan seksual berikutan pakar tersebut ada mengambil sampel di bahagian kemaluan si mati.

Dr Sri Marni berkata, ia penting bagi memastikan sama ada serangan tersebut betul-betul berlaku terutama jika si mati adalah wanita.

Beliau turut menyangkal pendapat Muhammad Hisham yang mengatakan pengambilan tisu daripada bahagian organ reproduktif si mati adalah tidak perlu memandangkan jasad si mati sudah mereput.

"Saya tidak setuju. Ini kerana semua organ reproduktif yang saya maksudkan mereput adalah di bahagian dalaman seperti rahim dan ovari manakala kemaluan adalah organ di bahagian luaran atau 'perineum'," katanya.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mariana Yahya bersambung pada Rabu. - BERNAMA

1 Ogos 2012


Kes bunuh: Mayat warga Perancis ditemui dalam lubang gua

KUANTAN - Mahkamah Tinggi di sini diberitahu mayat pelancong wanita warga Perancis Stephanie Foray ditemui dalam lubang sebuah gua yang terletak berdekatan rumah tertuduh di jeti Kampung Tekek, Pulau Tioman.
 
Pegawai di Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang Inspektor Shuhada Salim berkata mayat serta sebuah beg milik wanita itu ditemui ketika beliau dan satu lagi pasukan polis dari IPK Johor, yang diketuai Inspektor Mohd Zairi Badderul, menjalankan siasatan di kawasan tertuduh dipercayai mencampakkan mayat mangsa.
 
"Saya yang menunggu di luar gua dipanggil oleh Inspektor Zairi untuk masuk ke dalam gua dan memaklumkan bahawa tertuduh (yang ketika itu ada bersama pasukan penyiasat) menunjukkan tempat mayat mangsa dibuang di dalam satu lubang.
 
"Inspektor Zairi juga selepas itu menunjukkan kepada saya satu beg galas yang berada dalam lubang kecil berhampiran pintu masuk gua tersebut," katanya pada perbicaraan kes Asni Omar, 37, yang didakwa membunuh Foray di rumah tidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin antara 8 malam, 10 Mei dan 12 tengah hari pada 12 Mei tahun lepas.
 
Saksi ke-13 pendakwaan itu juga berkata selepas itu, mereka bergerak ke rumah tertuduh yang terletak kira-kira 250 langkah dari kawasan gua di mana mayat mangsa ditemui.

Beliau berkata Mohd Zairi kemudian menunjukkan sebuah almari dalam bilik di bahagian depan rumah tertuduh yang mengandungi tiga beg, dipercayai milik mangsa.
 
"Saya kemudian membuat pemeriksaan ke atas ketiga-tiga beg tersebut dan terdapat beberapa item kepunyaan mangsa di dalam beg berkenaan, dan menemui sebatang berus gigi berjenama Happy Morning, sebatang berus gigi Oral B, pencukur Willkinson Swort, beg plastik kosong warna hijau dan biru di dalam beg kain berbunga.
 
"Manakala dalam satu lagi beg berwarna hitam bernama Aguts H, terdapat beg kecil yang di dalamnya mengandungi tiga utas rantai warna perak, dua utas rantai tangan warna kuning dan sebentuk cincin berwarna perak," katanya.
 
Shuhada berkata Mohd Zairi juga meminta beliau memeriksa dinding berhampiran dapur, yang mempunyai kesan telah dilap, kerana disyaki mempunyai kesan darah.
 
Perbicaraan di depan Hakim Datuk Mariana Yahya disambung esok. - Bernama

28 Sep 2012



Kes Bunuh Stephanie Forey: Saksi Nampak Mayat Dibungkus Seperti Mumia

KUANTAN: Seorang saksi kes pembunuhan pelancong wanita Perancis, Stephanie Foray di Pulau Tioman tahun lepas memberitahu Mahkamah Tinggi pada Selasa bahawa mayat si mati dijumpai dalam keadaan dibungkus seperti mumia oleh Pakar Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Dr Sri Marni Zainal Abidin dan pasukannya.

Pegawai penyiasat Inspektor Shuhada Salim yang menyambung keterangan perbicaraan kes itu hari ini berkata, Dr Sri Marni menjumpai mayat si mati di dalam sebuah lubang di dalam gua yang terletak berdekatan dengan rumah tertuduh, Asni Omar di Kampung Tekek, Pulau Tioman.

Menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Salim Soib@Hamid, Shuhada berkata mayat dijumpai oleh Dr Sri Marni dan pasukannya setelah menggali lubang yang didakwa tempat mayat si mati dibuang.

Salim: Boleh kamu ceritakan bagaimana keadaan mayat tersebut.

Shuhada: Minta maaf saya tidak dapat nak gambarkan keadaan mayat, tapi yang saya nampak ia dalam keadaan 'mummified' (dibungkus seperti mumia)," katanya.

Shuhada, saksi pendakwaan ke-13 memberi keterangan dalam kes yang melibatkanAsni, 37, seorang peniaga kecil-kecilan yang didakwa membunuh Foray di rumahtidak bernombor di Kampung Tekek, Pulau Tioman, Rompin antara 8 malam, 10 Meidan 12 tengah hari pada 12 Mei tahun lepas.

Shuhada juga memberitahu mahkamah bahawa mayat itu kemudiannya diserahkan kepada pegawai penyiasat ASP Mohd Razali Razak untuk dikendalikan setelah Dr Sri Marni melakukan pemeriksaan ke atas mayat berkenaan.

"Pasukan Dr Sri Marni juga menjumpai beberapa barangan lain dalam lubangkedua di gua itu iaitu sebiji bantal, dua biji bantal peluk kecil, satu tilambesar, satu tilam kecil, satu guni plastik beserta plastik hitam dan kain," katanya.

Katanya barangan tersebut (kecuali mayat) dibawa ke Balai Polis Pulau Tiomanuntuk dibungkus semula bagi mengelakkan kontaminasi dan menjaga integriti bahanbukti berkenaan.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mariana Yahya bersambung esok. BERNAMA

21 Nov 2012


I ran away from body of French tourist, says accused

KUANTAN: Murder accused Asni Omar told the High Court here that he ran away from the body of French tourist Stephanie Foray upon discovering it.

He said that he found the body at the mouth of a cave on May 11, 2011, after seeing his brother Radzi Omar and one Zulhaili Akash running away from the place in a hurry.

Asni said he had gone to find his brother after he encountered anti-narcotics policemen.

"I was told by my mother that Radzi and Zulhaili were hiding from an anti-narcotics operation," he said in his testimony from the witness stand yesterday.

Asni said he later found Radzi and Zulhaili lying down in a hut in his garden and told them about the policemen.

"I asked them to leave and then I walked away. A short while later, I heard a noise and turned around and I saw my brother and Zulhaili running away.

"I went to the place where my brother was shouting just now. When I reached there, my brother had ran into the forest," said Asni.

He added that it was then that he saw someone lying down at the mouth of a cave.

"I went forward to check out the figure. I knew the person. It was Stephanie Foray.

"I was scared so I ran away back to my shop," said Asni.

He told the court that he went about his business as usual and then went hunting with his friends in the late afternoon.

Asni also said he went hunting again the next day, met up with his girlfriend Monaliza Yaakob the day after and then participated in the Eco-Challenge race on May 14, 2011.

"On May 15, 2011, I went to Kampung Nipah with Monaliza and spent a week there looking for agarwood. I sent her to Kuala Lumpur after that and I spent another week there," he said.

On May 29, 2011, Asni said he returned to Pulau Tioman and ran his business selling swimming equipment as usual besides doing other activities.

It was in mid-June that Asni said that he found Foray's bag in his home while he was tidying up.

"I stored the bag in a cupboard. I did not remove any items from the bag until I took the phone that was in it for my own use after my cellphone had problems.

"I used Foray's phone until I was arrested on July 21, 2011," he said.

To a question by his lawyer Datuk Ng See Teong, Asni said he did return to the place where he first found Foray's body.

"After I came back from Kuala Lumpur, I smelled a foul smell while I was at home. I then tracked down the source of the smell to the cave," he said.

Asni also denied he told the police that he hit Foray with a Malibu alcohol bottle and reiterated that he never killed the Frenchwoman.

Asni, 39, is charged with murdering Foray, 30, at an unnumbered house in Kampung Tekek, Pulau Tioman, between 8pm on May 10 and noon on May 12, 2011.

The trial will continue on Friday morning.

He said that he found the body at the mouth of a cave on May 11, 2011, after seeing his brother Radzi Omar and one Zulhaili Akash running away from the place in a hurry.

Asni said he had gone to find his brother after he encountered anti-narcotics policemen.

"I was told by my mother that Radzi and Zulhaili were hiding from an anti-narcotics operation," he said in his testimony from the witness stand yesterday.

Asni said he later found Radzi and Zulhaili lying down in a hut in his garden and told them about the policemen.

"I asked them to leave and then I walked away. A short while later, I heard a noise and turned around and I saw my brother and Zulhaili running away.

"I went to the place where my brother was shouting just now. When I reached there, my brother had ran into the forest," said Asni.

He added that it was then that he saw someone lying down at the mouth of a cave.

"I went forward to check out the figure. I knew the person. It was Stephanie Foray.

"I was scared so I ran away back to my shop," said Asni.

He told the court that he went about his business as usual and then went hunting with his friends in the late afternoon.

Asni also said he went hunting again the next day, met up with his girlfriend Monaliza Yaakob the day after and then participated in the Eco-Challenge race on May 14, 2011.

"On May 15, 2011, I went to Kampung Nipah with Monaliza and spent a week there looking for agarwood. I sent her to Kuala Lumpur after that and I spent another week there," he said.

On May 29, 2011, Asni said he returned to Pulau Tioman and ran his business selling swimming equipment as usual besides doing other activities.

It was in mid-June that Asni said that he found Foray's bag in his home while he was tidying up.

"I stored the bag in a cupboard. I did not remove any items from the bag until I took the phone that was in it for my own use after my cellphone had problems.

"I used Foray's phone until I was arrested on July 21, 2011," he said.

To a question by his lawyer Datuk Ng See Teong, Asni said he did return to the place where he first found Foray's body.

"After I came back from Kuala Lumpur, I smelled a foul smell while I was at home. I then tracked down the source of the smell to the cave," he said.

Asni also denied he told the police that he hit Foray with a Malibu alcohol bottle and reiterated that he never killed the Frenchwoman.

Asni, 39, is charged with murdering Foray, 30, at an unnumbered house in Kampung Tekek, Pulau Tioman, between 8pm on May 10 and noon on May 12, 2011.

The trial will continue on Friday morning.

The Star 30 Apr 2014








0 comments:

Post a Comment