March 10, 2018

Remaja ditemui tergantung

LABIS - Seorang remaja lelaki ditemui maut tergantung pada palang besi sebuah taman permainan kanak-kanak, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Raub Selamat berkata, pihaknya mengetahui kejadian tersebut selepas seorang lelaki menghubungi Balai Polis Labis jam 7.50 pagi bagi memaklumkan kejadian berkenaan.

“Klinik Kesihatan Labis telah datang dan sahkan mangsa yang berumur 18 tahun telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Segamat untuk proses bedah siasat.

“Mangsa ditemui tergantung menggunakan baju yang diikat pada palang besi taman permainan berkenaan dan setakat ini tiada sebarang unsur jenayah yang boleh mengaitkan kematian mangsa,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut diminta supaya menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

Wartawan Sinar Harian
9 Mac 2018

0 comments:

Post a Comment