October 13, 2016

Maut terjatuh basikal

Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi
am@hmetro.com.my

Bagan Serai : Wanita warga emas maut selepas terjatuh secara tiba-tiba dari basikal yang ditunggangnya di Taman Serai Perdana, di sini, hari ini

Dalam kejadian 11.15 pagi itu, mangsa, Lee Ee Kuan, 76, dalam perjalanan pulang ke kediaman barunya di Taman Sinar, di sini, dikatakan terjatuh dengan sendirinya sebelum meninggal dunia di lokasi kejadian.

Beberapa pekerja binaan di situ yang menyedari kejadian berkenaan segera membantu mangsa namun mangsa dikatakan meninggal dunia.

Sumber keluarga memaklum mereka tidak menolak kemungkinan mangsa meninggal dunia akibat masalah kesihatan berikutan mangsa sering berulang alik dari rumah ke klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Omar Bakhtiar Yaacob dihubungi mengesahkan kejadian dan menegaskan pihaknya masih menunggu laporan bedah siasatan dari pihak hospital bagi mengesahkan punca sebenar kematian mangsa.

myMetro Rabu, 12 Oktober 2016

0 comments:

Post a Comment