Khairul Najib Asarulah Khan
am@hmetro.com.my
Port Dickson: Mangsa lemas di Pantai 2, Batu 8, Teluk Kemang petang semalam, ditemui pasukan penyelamat kira-kira 700 meter dari lokasi kejadian, 7.19 pagi tadi.
Mangsa, Zairil Hafizy Zulhairi, 21, datang dari Banting, Selangor bersama dua rakannya untuk mandi di pantai berkenaan sebelum lemas, 6.50 petang semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Telok Kemang, Mohd Izwan Md Said berkata, pihaknyamenjalankan rondaan mencari mangsa sejak semalam bersama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
"Pada pagi ini, kita mencari mangsa berpandukan pergerakan sampah yang berkumpul di persisiran pantai. Mangsa berjaya ditemui di Pantai 3, Batu 8 oleh pasukan kami.
"Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis dan dibawa ke Hospital Port Dickson (HPD) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi hari ini.
myMetro Rabu, 12 Oktober 2016
Kenapa aku lebih suka cuka Carob berbanding cuka epal !
-
Wife bawak balik Organic Carob Cider Vinegar ke rumah. Katanya dia dapat
ketika hadiri satu bengkel di kementeriannya. Aku cam.. carob ? Apa kemenda
lak n...
2 days ago
0 comments:
Post a Comment