October 13, 2016

Anak bunuh ibu didakwa di hospital

Muhammad Apendy Issahak
apendy@hmetro.com.my

Teluk Intan: Lelaki didakwa di Hospital Teluk Intan (HTI) hari ini atas tuduhan membunuh ibunya di Kampung Baru Air Kuning, Tapah, dekat sini 27 September lalu.

Chan Chee Keong, 55, didakwa di Wad 2C hospital berkenaan kira-kira 11.45 pagi dihadapan Majistret Ahmad Asyraf Mohamed Kamal.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Suffian Jaafar dan Fatin Farahiyah Nadzri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pertuduhan terpaksa dijalankan di HTI kerana tertuduh dirawat di hospital berkenaan sejak 5 Oktober lalu.

Tertuduh yang terlantar di katil dengan tangan terikat dan dikawal ketat polis, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh ibunya Low Kew@Low Lin Kiew, 74, dengan menetak leher dan muka mangsa di rumahnya di Kampung Baru Air Kuning, Tapah dekat sini kira-kira jam 6.45 petang 27 September lalu.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang mengganguk faham ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Ahmad Asyraf kemudian tidak memberi sebarang jaminan terhadap tertuduh dan menetapkan 11 November sebagai tarikh sebutan semula kes.

Proses pendakwaan mengambil masa kira-kira 10 minit dan Ahmad Asyraf menetapkan 11 November sebagai tarikh sebutan semula kes.

myMetro  11 Oktober 2016

0 comments:

Post a Comment