August 3, 2016

Bunuh isteri disyaki curang

Mohamad Fahd Rahmat
fahd@hmetro.com.my

Johor Bahru: Lelaki ditahan polis selepas membunuh isterinya menggunakan pisau pemotong sayur sepanjang kira-kira 28 sentimeter di hotel bajet di Taman Sentosa di sini, 4.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, suspek berusia 21 tahun itu hadir ke Balai Polis Sentral di sini selepas kejadian berkenaan dan bertindak demikian akibat cemburu.

Beliau berkata, suspek menikam isterinya yang juga berusia 21 tahun sebanyak dua kali di bahu kanan dan mengelar pipi kanan dan leher mangsa.

Katanya, terdapat kesan luka di dua tapak tangan dipercayai kesan mempertahankan diri.

Beliau berkata, bekas tukang paip yang kini menganggur itu tidak mempunyai rekod lampau jenayah dan ujian urin yang dijalankan juga negatif pengaruh dadah selain kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Motif perbuatan lelaki berkenaan dipercayai akibat cemburu dan mengesyaki isterinya curang di belakangnya dengan mempunyai hubungan dengan lelaki lain," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan di sini, hari ini.

ARKIB
21 Julai 2016

0 comments:

Post a Comment