May 27, 2016

Wanita maut motosikal terbabas

MANGSA maut di tempat kejadian. FOTO ihsan pembaca

Noor Atiqah Sulaiman
am@hmetro.com.my

Putrajaya: Wanita maut apabila motosikal yang ditunggangnya terbabas di Persiaran Barat susur menghala ke Jambatan Seri Saujana, Presint 4, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian 9 pagi itu, mangsa yang belum dikenal pasti menunggang motosikal

bersama rakan wanita yang membonceng.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, siasatan awal mendapati motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas sendiri.

"Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Pegawai Perubatan yang berada di lokasi kemalangan.

"Sementara rakan wanitanya cedera dan dibawa ke Hospital Putrajaya untuk menerima rawatan," katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Katanya, ketika kejadian permukaan jalan kering, malah cuaca juga baik dan terang.

"Butiran kedua-dua mangsa belum diperolehi kerana mereka tidak membawa kad pengenalan," katanya.

myMetro 26 Mei 2016


0 comments:

Post a Comment