May 21, 2016

Rentung di Jalan Jerangau-Jabor

Dua kereta yang terbakar sehingga mengakibatkan pemandu Myvi rentung. FOTO ihsan pembaca

Helmy Abd Rahman dan Shamsudin Husin
am@hmetro.com.my

Kemaman: Pemandu kereta yang belum dikenal pasti jantina dan identiti, rentung selepas Perodua Myvi dipandunya terbakar akibat kemalangan dengan Proton Persona dalam kejadian di Kilometer 118 Jalan Jerangau-Jabor, dekat Kampung Padang Kubu, di sini, 8 pagi tadi.

Pemandu Proton Persona yang parah, diselamatkan orang awam yang kemudian menghantar mangsa ke Hospital Kemaman sebelum bomba tiba di lokasi.

Maklumat penuh berhubung kejadian bagaimanapun belum diperoleh dan kemalangan masih dalam siasatan polis.

myMetro 15 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment