May 21, 2016

Nyaris maut kereta masuk sungai

KERETA mangsa yang terjunam ke dalam sungai. Foto ihsan Pembaca

Muhaamad Hafis Nawawi
mhafis@hmetro.com.my

Sik: Lelaki terselamat selepas berjaya keluar dari kereta miliknya yang terjunam ke dalam sungai di Jalan Kampung Baru Pekan Batu 5, Sik, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 6.40 petang itu, mangsa berusia 28 tahun yang memandu bersendirian hilang kawalan sebaik tiba di tempat kejadian dan merempuh pokok sebelum kereta terjunam ke dalam sungai.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Bomba Nor Hafizah Muhammad Lukman berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.46 petang dan seorang pegawai dan lima anggota bomba tiba di lokasi kejadian 11 minit kemudian.

Menurutnya, sebaik tiba, mereka mendapati kereta di dalam sungai namun mangsa keluar dengan sendiri dan sempat menyelamatkan diri.

"Mangsa yang mengadu sakit di bahagian dada dan kaki kemudian dihantar ke Hospital Sik untuk menerima rawatan.

"Kereta yang terjunam ke dalam sungai itu juga sudah dialihkan," katanya.

myMetro 13 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment