May 21, 2016

Mayat ditemui terapung dalam loji kumbahan


Keadaan mayat ditemui terapung dalam loji kumbahan di Taman Setia Indah, di sini pagi tadi.

SHAHIZATUL FARHA S ROSLI

JOHOR BAHRU - Satu mayat dipercayai lelaki ditemui terapung dalam sebuah loji kumbahan di Jalan Setia Indah 4/6, Taman Setia Indah di sini, lewat pagi tadi.

Ketua Operasi dari Balai Bomba Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Ronney Robert berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat itu pada jam 11.11 pagi tadi dan bergegas ke lokasi.

"Dua jentera bomba tiba di lokasi pada kira-kira jam 11.23 pagi dan operasi menaikkan mayat berkenaan berjaya dilakukan dalam tempoh kira-kira 15 minit.

"Seramai sembilan anggota terlibat dalam operasi dan operasi tamat sepenuhnya kira-kira jam 12.11 tengahari," katanya.

Katanya, identiti mayat berkenaan belum dapat dikenalpasti dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.

Sinar Harian 13 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment