May 21, 2016

Maut motosikal langgar lori

KEADAAN motosikal selepas terbabit kemalangan. FOTO Fatin Fazlina Yaakob

Fatin Fazlina Yaakob
am@hmetro.com.my

Georgetown: Lelaki maut selepas motosikal ditunggang bertembung lori tiga tan di bukit Paya Terubong di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa, Iskandar Ahmad, 46, dikatakan dari arah Relau ke rumahnya di Balik Pulau dan cuba memotong kenderaan di hadapannya namun gagal.

Pemandu lori, Sabri Ahmad, 50, berkata, dia ketika itu sedang memandu menuruni jalan berbukit di laluan bertentangan dan cuba mengelak motosikal ditunggang mangsa.

"Motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan lalu merempuh lori saya selepas gagal memotong kenderaan lain," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

myMetro 17 Mei 2016



0 comments:

Post a Comment