May 28, 2016

Maut langgar tiang lampu isyarat

Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas melanggar tiang lampu isyarat.

GOKINA MORGANAN

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar lampu isyarat di Kilometer 55.5 Jalan Alor Setar - Butterworth berdekatan lampu isyarat Restoran Nasi Kandar Nasmir, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira- kira jam 11.10 malam, kelmarin, mangsa, Lau Bun Kim dari Kampung Belakang Hospital, di sini, maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata, ketika kejadian mangsa memandu kereta dari arah Dataran Zero menuju ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang lampu isyarat di tengah jalan.

“Akibat daripada itu, mangsa cedera parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Sinar Harian
28 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment