May 21, 2016

Lelaki maut dipercayai terlelap ketika memandu

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya dipercayai dalam keadaan mengantuk, gagal dikawal lalu melanggar bahagian belakang sebuah lori di Kilometer 100.8 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, kira-kira jam 6.10 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Md Zukir Md Isa berkata Yaakub Abas, 57, berasal dari Air Hitam, Jitra, cedera parah pada bahagian kepala serta dada, dan disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini.

"Siasatan awal mendapati kedua-dua kenderaan yang masing-masing dipandu bersendirian, berada di lorong kiri laluan dari Alor Setar menghala Butterworth.

"Bagaimanapun mangsa dipercayai terlelap dan gagal mengawal kereta yang dipandunya lalu melanggar bahagian belakang lori," katanya kepada Bernama.

Md Zukir berkata pemandu lori, V Muniandy, 35, tidak cedera. –Bernama

20 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment