May 21, 2016

Kotak fius dipercayai punca terbakar

Keadaan bank yang terbakar. FOTO Zaid Salim

Zaid Salim

Kuala Berang: Bank Simpanan Nasional (BSN) di Bandar Kuala Berang, di sini, terbakar pagi ini menyebabkan 60 peratus ruang menyimpan dokumen dan fail musnah.

Kejadian 6.40 pagi itu dipercayai berpunca daripada kotak fius menyebabkan dokumen dan fail yang disimpan dalam bilik berkenaan hangus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Berang, Penolong Penguasa Bomba Zamri Omar berkata, seramai 12 anggota diketuai PBK11 Mohd Noor Ali ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat berkenaan.

"Api marak berikutan terdapat bahan mudah terbakar seperti kertas menyebabkan api merebak dengan cepat sebelum membakar bahagian siling.

"Anggota bomba mengambil masa selama 10 minit bagi memadamkan kebakaran itu dan pemeriksaan akhir kini sedang dijalankan," katanya.

myMetro 21 Mei 2016




0 comments:

Post a Comment