May 27, 2016

Kerana duit RM5

MOHD Rizwaan hampir putus tangan kiri selepas ditetak penyamun.

Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: “Saya memang mahu sedekah duit tapi dia balas pula dengan golok,” kata Mohd Rizwaan Zahari, 34, yang terlantar di hospital sejak Sabtu lalu selepas ditetak dua penyamun dalam kejadian di Kampung Atas Tol, di sini.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa yang baru membeli rokok di sebuah kedai runcit di kawasan itu mendakwa didatangi dua lelaki berusia lingkungan 30-an.

Kedua-dua lelaki itu dikatakan menunggang dan membonceng sebuah motosikal sebelum berhenti di luar premis terbabit.

Pembonceng motosikal itu mendekati mangsa dan meminta sedekah RM5.

Mohd Rizwaan yang juga bapa kepada empat anak ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, semalam berkata, disebabkan kasihan dengan lelaki berkenaan menyebabkannya mengambil dan membuka dompet di depan suspek terbabit bagi menghulurkan wang seperti diminta.

myMetro 27 Mei 2016





0 comments:

Post a Comment