May 21, 2016

Ditoreh bergelut dengan peragut


Fatin Fazlina Yaakob
am@hmetro.com.my

Bayan Lepas: Seorang lelaki yang cuba menolong mangsa baru diragut cedera ditoreh di tangan dalam kejadian di hadapan restoran nasi kandar di Bangunan I-Avenue, Bukit Jambul, tengah hari tadi.

Dalam kejadian 12.30 tengah hari itu, wanita warga emas yang sedang berjalan seorang diri diragut beg tangan oleh suspek berusia 28 tahun yang dikatakan menunggang motosikal di kawasan berkenaan.

Menurut sumber, jeritan warga emas itu menyedarkan orang ramai yang berada di kawasan berkenaan menyebabkan mereka mengejar suspek terbabit.

"Lelaki yang cuba menolong mangsa cedera di bahagian tangan akibat ditoreh oleh suspek dengan kerambit selepas berlaku pergelutan antara mereka.

"Suspek ditahan manakala mangsa yang cedera dikejarkan ke hospital oleh orang awam untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

myMetro 19 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment