May 26, 2016

Ditembak depan tadika

Kalidevi Mogan Kumarappa
kalidevi@hmetro.com.my

Petaling Jaya : Kontraktor cedera di paha kirinya selepas ditembak dua individu tidak dikenali di hadapan tadika di Jalan Selangor, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, dalam kejadian 11.30 pagi tadi, mangsa yang berusia 41 tahun baru turun dari kereta sebelum berjalan untuk mengambil anaknya di tadika berkenaan.

“Tiba-tiba dia didekati dua lelaki yang kemudian melepaskan dua das tembakan ke arahnya.

“Hanya satu tembakan mengenai mangsa di pahanya manakala satu lagi tersasar. Suspek kemudiannya melarikan diri dengan menaiki motosikal," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Beliau berkata, motif kejadian masih dalam siasatan dan mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil.

myMetro 25 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment