May 21, 2016

Bayi hadapi masalah jantung ditinggalkan di HSI

Bayi berusia sebulan yang diberi nama Melly ini ditinggalkan ibu kandungnya di hospital.

JOHOR BAHRU - Seorang wanita dipercayai menghilangkan diri selepas mendapat tahu bayinya berusia sebulan mengalami masalah jantung, selain cacat di telinga kiri.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Manayi Ibrahim berkata, bayi itu dilahirkan di sebuah hospital swasta sekitar bandar raya ini dan kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultan Ismail (HSI), di sini.

Menurutnya, selepas mengetahui keadaan bayi yang diberi nama Melly itu, wanita terbabit yang juga warga Vietnam terus menghilangkan diri.

“Kita mengalami kesukaran untuk mengesan ibu kandung Melly kerana wanita terbabit tidak mempunyai sebarang maklumat lengkap termasuk alamat tempat tinggal.

“Selain itu, hasil semakan terhadap salinan pasport wanita tersebut di Jabatan Imigresen turut mendapati ia palsu,” katanya, semalam.

Beliau berkata, Melly yang kini dirawat di Wad Unit Rawatan Rapi Neonaltal (NICU) HSI juga terpaksa bergantung dengan ubatan melibatkan kos agak tinggi, disebabkan masalah jantung yang dihadapinya.

Katanya, berdasarkan maklumat HSI, wanita terbabit yang bernama Hoang Thi Bich hanya sekali dilihat melawat anaknya ketika di hospital.

Wartawan Sinar Harian
18 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment