May 21, 2016

Bas terbakar, penumpang selamat

Bas persiaran dan motosikal dibawa yang terbakar. FOTO ihsan bomba

Nur Saliawati Salberi
nursaliawati@mediaprima.com.my

Alor Gajah: Bas persiaran dua tingkat yang membawa lapan penumpang musnah terbakar di KM209 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 8 malam itu, bas berkenaan yang dalam perjalanan dari Perlis ke Melaka turut membawa empat motosikal selain mempunyai dua pemandu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah Pegawai Bomba Kanan II Zulkefli Musa berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 7.53 malam, dua jentera bomba bersama 14 anggota termasuk pegawai ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi api sudah marak hampir 60 peratus dan bomba mengambil masa kira-kira 20 minit untuk padam sepenuhnya.

"Bagaimanapun, semua lapan penumpang termasuk dua pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan kerana mereka berjaya keluar menyelamatkan diri," katanya.

Menurutnya, turut terbakar dalam kejadian itu empat buah motosikal yang dibawa bersama didalam bas berkenaan selain punca kebakaran masih dalam siasatan.

myMetro 16 Mei 2016




0 comments:

Post a Comment