May 21, 2016

Ajal jatuh pokok ketika cari rezeki

Zul Ikhwan Muhammad
am@hmetro.com.my

Mersing: Seorang pembantu kedai makan meninggal dunia selepas terjatuh dari pokok kelapa ketika mengambil upah memetik kelapa di Kilometer 7,Kampung Tenglu, di sini, pagi tadi.

Ghazali Abdullah, 35, terjatuh dari ketinggian 18 meter ketika melakukan kerja sambilan itu pada 10.30 pagi.

Ghazali dikatakan mula bekerja di kebun kelapa milik penduduk kampung berkenaan kira-kira jam 8 pagi sebelum terjatuh lebih dua jam kemudian dan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala dan leher.

Isterinya, Norhayati Abdul Manaf, 33, berkata, sebelum kejadian dia melarang suaminya kerana baru saja menghantar anak mereka ke sekolah.

"Tidak lama kemudian saya menerima panggilan daripada seorang penduduk kampung yang memberitahu suami terjatuh ketika memanjat pokok kelapa," katanya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Mersing, Asisten Superintendan Hamka Muhammad, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Mersing untuk bedah siasat.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Batu 3, Jalan Jemaluang, di sini, selepas proses bedah siasat selesai dijalankan.

myMetro 16 Mei 2016

0 comments:

Post a Comment