May 23, 2016

12 rumah rosak dilanda ribut

ANGGOTA JPAM melakukan kerja pemotongan pokok getah yang tumbang dan menimpa rumah di Kampung Teluk Sera, Padang Serai. FOTO Azahar Hashim

Keadaan rumah yang ditimpa dua pokok getah yang tumbang di Kampung Teluk Sera, Padang Serai. FOTO Azahar Hashim

Azahar Hashim
am@hmetro.com.my

Kulim: Dua belas rumah membabitkan empat kawasan di daerah Kulim rosak selepas dilanda ribut 4.30 petang semalam.

Pegawai Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Daerah Kulim, Staf Kanan (PA) Mohd Fadhil Fahmi Zaini berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam pada 6.50 petang untuk bantuan menebang pokok tumbang di beberapa kawasan di sekitar daerah.

Menurutnya, sebuah jentera bersama empat anggota kemudian bergegas ke tempat kejadian untuk memotong pokok yang menimpa rumah penduduk serta yang menghalang jalan.

“Antara kawasan yang terjejas adalah di Taman Ria, Taman Kenari, Kampung Sidam dan Teluk Sera, Padang Serai” katanya.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim, Mohamad Zarir Khozali berkata, pihaknya menerima aduan daripada penduduk di sekitar Padang Serai yang memaklumkan mengenai rumah mereka rosak dilanda ribut.

“Setakat ini, 12 rumah membabitkan empat kampung terjejas dan pegawai JKM sudah ke lokasi kejadian untuk menjalankan bancian serta memberi bantuan,” katanya.

myMetro 23 Mei 2016




0 comments:

Post a Comment