April 19, 2016

Tiga sahabat maut, dua parah kemalangan kereta

Keadaan kereta yang terbabit kemalangan sehingga menyebabkan tiga sahabat maut dan dua cedera parah. (Kanan: Keadaan tangga jejantas pejalan kaki yang dirempuh kereta mangsa.

JOHOR BAHRU – Tiga sahabat maut, manakala dua cedera parah apabila kereta jenis Hyundai Sonata yang mereka naiki terbabas di Kilometer 8 Jalan Johor Bahru-Kota Tinggi, berhampiran Kampung Melayu Majidee di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 pagi, mereka yang maut ialah ketigatiga penumpang belakang kereta itu iaitu Chen Lee Yin, 21; Leong Den Shen, 22; dan Tien Kiong Wei, 22, yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Pemandu kereta itu, Joseph Ling Zuin Ren, 22, dan penumpang hadapan kereta itu, Teoh Sin Yee, 22, mengalami kecederaan parah dan dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) untuk menerima rawatan.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh, kereta yang dipandu Ling dari arah bandaraya ini menghala ke Kota tinggi terbabas di lokasi kejadian.

“Apabila sampai di tempat kejadian, semasa berada di lorong tengah dari tiga lorong jalan, kereta itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke sebelah kiri jalan sejauh kira-kira 100 meter dan merempuh tangga jejantas pejalan kaki yang berada di sebelah kiri jalan.

“Akibat rempuhan itu, kereta berkenaan terbalik di lorong kiri daripada tiga lorong jalan. Ketigatiga mangsa penumpang belakang kereta ditemui meninggal dunia di tempat kejadian kerana terperangkap,” katanya kepada Sinar Harian.

Sulaiman berkata, mayat ketiga- tiga mangsa dibawa ke jabatan forensik HSA untuk dibedah siasat.

Sinar Harian 11 Apr 2016

0 comments:

Post a Comment