April 22, 2016

Tiga beranak hilang nyawa

KEMALANGAN membabitkan Perodua Kancil dan Toyota Hilux. FOTO Harun Yahya


Harun Yahya
am@hmetro.com.my

Sibu: Tiga beranak maut dalam kemalangan membabitkan Perodua Kancil dan Toyota Hilux di Jalan Salim, Stabau di sini, 1.50 tengah hari tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Balai Sibu Sentral, Mutalif Jaa'far berkata, mangsa yang terbunuh itu dikenali sebagai Sii Toh Chin, 42, dan isterinya Leong Siew Chiang, 35, serta anak perempuan mereka Helen Sii Yii Yii, 5.

"Difahamkan, kejadian berlaku apabila kereta Perodua Kancil yang dipandu Sii terbabas sebelum memasuki lorong bertentangan lalu bertembung dengan Toyota Hilux berkenaan.

"Kenderaan dipandu mangsa dalam perjalanan menuju ke bandar Sibu, manakala Toyota Hilux menuju ke Stabau," katanya.

Mutalif berkata, pasukannya tiba di lokasi kejadian pada 2.08 petang sebelum operasi mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam kenderaan terbabit dilakukan.

"Ketiga-tiga mayat berjaya dikeluarkan pada 3.24 petang tadi dan sudah dibawa ke Hospital Sibu di sini, untuk tindakan lanjut," katanya.

myMetro 22 April 2016



0 comments:

Post a Comment