April 24, 2016

Tergelincir dekat tebing

Mohamad Zulhairie Manzaidi
am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Remaja lelaki ditemui lemas dalam kejadian di Sungai Gali, Jambu Merah, dekat Melor, hari ini.

Mangsa yang berusia 18 tahun itu dikatakan terjatuh ke dalam sungai itu, pada 2.30 petang.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Bachok Ruslan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan, pada 2.39 petang.

Katanya, lima anggota ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik sampai pihaknya membuat usaha mencari dan menyelamat di sekitar kawasan sungai.

"Mangsa ditemui, pada 3.20 petang, kira-kira 10 meter dari tebing sungai dan diserahkan kepada keluarga.

"Mangsa dikatakan tergelincir ketika duduk berhampiran tebing sungai sebelum lemas. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian,” katanya.

myMetro 23 April 2016


Remaja lelaki‎ mati lemas di Sungai Gali

Mayat mangsa yang ditemukan semalam.

ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU - Seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dipercayai lemas di Sungai Gali di sini, kira-kira jam 2 petang semalam.

Mayat mangsa ditemui kira-kira jam 3.20 petang oleh anggota bomba dan penyelamat.

Pegawai Bomba Kanan II, Ruslan Ismail hadir bersama lima anggota Balai Bomba dan Penyelamat Bachok‎.

Ruslan berkata, ‎pihaknya membuat pencarian di kawasan permukaan sungai di lokasi kejadian.

"Mangsa kemudiannya ditemukan dan dibawa ke tebing sungai.

"Mayat itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya‎.

Sinar Harian 24 April 2016

0 comments:

Post a Comment