April 24, 2016

Seorang lelaki maut kereta langgar tiang elektrik

Keadaan kereta mangsa remuk akibat rempuhan kuat.

Mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Wita Aeroback yang dipandunya hilang kawalan sebelum melanggar tiang elektrik di susur keluar Lebuh Raya Sungai Besi (Besraya) di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 5.30 pagi, mangsa, Low June How, 22, maut di lokasi kejadian selain keretanya remuk teruk akibat rempuhan kuat.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Superintendan S. Markandan berkata, mangsa dipercayai dari arah Petaling Jaya menghala pusat bandar.

"Kita percaya mangsa hilang kawalan di selekoh susur keluar lebuhraya itu sebelum melanggar tiang eletrik yang berada di hadapanya.

"Mangsa maut di tempat kejadian dan mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - K! ONLINE

24/04/2016


Melekat di tiang elektrik

Nadzreen Shah Mat Salim
am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Seorang juruwang maut apabila kereta dipandunya hilang kawalan lalu merempuh tiang elektrik di antara pembahagi tengah susur keluar Lebuhraya Besraya, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa, Low June How, 20-an gagal mengawal kereta model Proton Wira Aeroback yang dipandunya sebelum hilang kawalan setibanya di lokasi.

Isteri mangsa yang enggan dikenali, berkata ketika kejadian dia sedang tidur di rumah dan terkejut apabila menerima panggilan tentang kejadian itu.

“Setiap malam saya tunggu dia (mangsa) pulang dan kebiasaannya dia akan pulang awal.

“Suami ada menghubungi saya dan memberitahu akan pulang lewat kerana ada urusan kerja,” katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini, semalam.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur Deputi Superintendan S Markandan berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari susur Petaling Jaya menghala ke ibu kota.

“Mangsa gagal mengawal kenderaannya dan melanggar tiang elektrik di antara pembahagi tengah susur keluar lebuh raya berkenaan.

“Akibat rempuhan itu, bumbung kereta mangsa tercabut dan mangsa maut di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke HKL untuk di bedah siasat.

myMetro 25 Apr 2016

0 comments:

Post a Comment