April 19, 2016

Peniaga maut langgar tiang elektrik

Kejadian berlaku di Chabang Tiga Berangan, Kota Baharu.

TUMPAT - Seorang peniaga maut selepas kereta yang dipandunya hilang kawalan dan melanggar tiang elektrik di Chabang Tiga Berangan, tengahari tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.15 tengahari itu, mangsa, Mohd Norrazman Mat Nasir, 30, beralamat depan berek KTMB, Hulu Stesen Wakaf Bharu maut ditempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supritendan Zaharudin Rasip berkata, ketika kejadian mangsa memandu kereta jenis Proton Iswara dari arah Wakaf Bharu ke Tumpat.

"Apabila tiba di tempat kejadian, kereta mangsa hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar tiang elektrik yang berada di bahu jalan sebelah kiri,"katanya.

Zaharudin berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Sinar Harian 7 Apr 2016

0 comments:

Post a Comment