April 24, 2016

Pendaki parah kena petir

Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz
rnorain@hmetro.com.my

Bentong: Lelaki parah selepas dipanah petir ketika mendaki Gunung Rajah, di sini, hari ini.

Mangsa yang berusia 27 tahun terkena sambaran petir ketika sedang mendaki antara Lata Naning dan Kem Batu Hijau, kira-kira 3 petang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bentong Zainal Abidin Nong Chik, berkata berdasarkan laporan awal yang diterimanya, mangsa berada di kawasan kira-kira 21 kilometer dari pintu hidro yang juga lokasi permulaan pendakian.

“Tiga puluh lima 35 anggota pasukan mencari dan menyelamat daripada pelbagai agensi dikerahkan ke tempat kejadian untuk membawa keluar mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini, malam tadi.

Menurutnya, mangsa adalah seorang daripada sekumpulan 10 dan 15 pendaki.

“Buat masa ini kita sedang mengenalpasti identiti kumpulan berkenaan," katanya.

myMetro 23 April 2016

0 comments:

Post a Comment