April 19, 2016

Pemancing lemas ketika mandi

KUALA ROMPIN – Seorang pemancing mati lemas ketika mandi di Pulau Seri Buat di perairan Pulau Tioman, kelmarin.

Mangsa dalam perjalanan pulang ke Jeti Marina Tanjung Gemok di sini, bersama lima lagi rakannya selepas memancing.

Yap Yong Hong, 37, berasal dari Skudai, Johor ditemui tidak sedarkan diri ketika berada dalam air oleh pemandu bot, Goh Seng Boon, 42.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Muhammad Aidil Roneh Abdullah berkata, mangsa bersama empat rakan pergi memancing ke Pulau Tioman pada 8 April lalu dengan menaiki bot.

Sekitar jam 4 petang, mereka singgah di Pulau Seri Buat untuk mandi.

“Semasa mandi, pemandu bot dapati mangsa tidak sedarkan diri dan cuba menyelamatkannya tetapi tak berjaya.

“Pemandu bot segera membawa mangsa ke Jeti Marina Tanjung Gemok dan membuat laporan polis,” katanya sambil memberitahu, mayat dihantar ke Hospital Rompin dan keluarga mangsa turut dimaklumkan kejadian tiu.

Sinar Harian 13 April 2016

0 comments:

Post a Comment