April 21, 2016

OKU mati dipukul dengan kayu


Sabak Bernam: Lelaki warga emas yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemui mati dalam keadaan berlumuran darah di rumahnya di Kampung Parit 10, Pasir Panjang, dekat sini kira-kira 9.30 malam tadi.

Mohd Napiah Ali, 74, ditemui terlentang oleh jirannya yang ketika itu mahu memeriksa rumah mangsa berikutan keadaan rumah gelap.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Nor Azmi Isa berkata, siasatan awal mendapati mangsa cedera di kepala akibat dipukul dengan kayu.

Katanya, remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan sejurus kejadian selepas dilihat dalam keadaan mencurigakan di pekarangan masjid yang terletak kira-kira 300 meter dari tempat kejadian.

“Suspek dipercayai meminta wang daripada mangsa namun tidak dilayan sebelum suspek memukul kepala mangsa dengan kayu dan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) dekat sini untuk dibedah siasat,” katanya.

myMetro
Mohd Shukor Amin
20 April 2016

0 comments:

Post a Comment