April 19, 2016

Mayat wanita dalam belukar di Genting Sempah

KUALA LUMPUR - Sekumpulan penunggang basikal menemui mayat seorang wanita dalam belukar di Genting Sempah, ketika berkayuh di kawasan berkenaan pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata penunggang berkenaan yang berkayuh melalui kawasan itu pada kira-kira jam 9.30 pagi ternampak mayat wanita yang berusia dalam lingkungan 30an itu dalam keadaan terlentang.

"Terdahulu, mereka terhidu bau busuk ketika melalui kawasan itu dan selepas mereka meninjau di sebalik belukar berkenaan, ia membawa kepada penemuan mayat wanita yang memakai t-shirt merah dan berseluar pendek warna kelabu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ali berkata identiti mangsa belum dikenalpasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

Katanya mayat itu dipercayai telah berada di lokasi kejadian selama seminggu berdasarkan keadaan tubuh mangsa yang telah kembung dan berulat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - Bernama

10 April 2016

0 comments:

Post a Comment