April 19, 2016

Mayat pemancing hilang akhirnya ditemui

Gambar kenangan mangsa, Mohd Nor Kelewon maut selepas dikatakan hanyut dibawa arus selama tujuh jam.

KOTA TINGGI - Mayat seorang pemancing yang hilang akibat bot yang dinaiki bersama tujuh rakannya tenggelam di Perairan Tanjung Sedili, Khamis lalu akhirnya ditemui orang ramai, awal pagi tadi.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Tanjung Sedili Kapten Maritim Amran Daud berkata, mangsa,  Mohd Nor Kelewon, 31 telah ditemui oleh orang ramai kira-kira jam 7.30 pagi di Tanjung Lompat, Bandar Penawar, di sini.

"Mangsa ditemui kira-kira 17 batu nautika dari arah barat daya dari lokasi kejadian telah dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk dibedah siasat.

"Mayat disahkan pemancing yang hilang apabila isteri dan ahli keluarga mangsa membuat sesi pengecaman melalui pakaian dan seluar dalam yang dipakai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Sinar Harian 12 Apr 2016

0 comments:

Post a Comment