April 19, 2016

Mayat lelaki ditemui dalam bot mewah

KOTA KINABALU - Seorang lelaki tempatan ditemui mati‎ oleh rakan sekerjanya dalam bot mewah di jeti Marina Sutera Harbour, di sini, kira-kira jam 8.30 pagi ini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten komisioner M. Chandra berkata, mangsa Justinus‎ Michael, 54, ditemui mati di bilik enjin bot mewah itu.

"Rakan mangsa telah memanggil mangsa tetapi tidak berjawab dan kemudian mendapati mangsa berada dalam keadaan mengiring dengan tangan sebelah kanan terjulur ke atas dan kaki di atas lantai bot.

"Rakannya cuba menggerakkan mangsa sebanyak dua kali tetapi tiada tindak balas. Pegawai perubatan dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1 kemudian dihubungi dan hasil pemeriksaan, mangsa disahkan meninggal dunia," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Chandra berkata, mangsa yang telah bekerja lebih sebulan sebagai jurutera kedua di syarikat pemilik bot mewah itu, bertugas pada Jumaat dan tidak pulang sehingga dijumpai rakannya.

"Tiada sebarang unsur jenayah atau kesan kecederaan pada mangsa. Bilik enjin juga telah diperiksa dan didapati tiada sebarang kesan pecah masuk atau senjata ditemui," katanya.

Punca kematian masih dalam siasatan dan mayat mangsa yang telah dihantar ke HQE 1 akan dibedah siasat esok. - Bernama

2 April 2016

0 comments:

Post a Comment