April 19, 2016

Mayat ditemui bersama kunci kereta BMW

Mayat berpakaian lengkap ditemui terapung berdekatan Pulau Korea oleh anggota polis marin pagi semalam.

GEORGETOWN - Mayat seorang lelaki dalam keadaan terlangkup dijumpai terapung oleh anggota Polis Marin Wilayah 1 ketika melakukan rondaan berhampiran sebuah pulau.

Komandernya, Asisten Komisioner Marzuki Che Shuib berkata, mayat yang berpakaian lengkap itu dijumpai kira-kira jam 8.30 pagi semalam.

Menurutnya, mayat lelaki berusia lingkungan 40 an itu dijumpai ketika rondaan Ops Gelora dijalankan.

“Anggota jumpa mayat ini dalam keadaan terapung berhampiran pulau buatan (Pulau Korea). Pemeriksaan ke atasnya tidak menjumpai sebarang dokumen pengenalan diri dan hanya terdapat satu unit kunci kereta jenis BMW.

“Mayat dibawa balik ke pangkalan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sinar Harian 17 April 2016

0 comments:

Post a Comment