April 19, 2016

Maut dirempuh bas

GEORGETOWN - Seorang pemandu kereta maut selepas dirempuh bas dalam kemalangan di Jalan Paya Terubong di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, mangsa, Ong Hat Theng, 58 yang memandu kereta jenis Perodua Alza mengalami kecederaan parah namun dia disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Pulau Pinang.

Difahamkan, mangsa yang memandu sendirian dirempuh bas yang datang dari arah bertentangan dan menyebabkan dia tersepit di dalam keretanya.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, siasatan awal mendapati bas berkenaan mengalami masalah brek lalu terbabas dan masuk laluan bertentangan.

“Mangsa tidak sempat mengelak berikutan laluan adalah jalan berbukit.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan dan pemandu bas berkenaan ditahan untuk membantu siasatan.

Sinar Harian 27 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment