April 19, 2016

Lelaki maut kereta langgar kerbau

Kereta mangsa terbabas melanggar bangsal menjual daging di KM 61.5 awal pagi tadi.

KUALA KRAI - Seorang lelaki maut setelah kereta dipandu melanggar kerbau di KM 61.5 Jalan Kota Bharu Gua Musang,dekat Batu Jong, kira-kira jam 1.30 pagi tadi.

Mangsa,Halid Shukri,45,beralamat Felda Keratong Satu, Bandar Tun Razak,  Pahang,cedera parah pada anggota badan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai,Superintendan Abdullah Roning berkata,hasil siasatan awal mendapati mangsa memandu dari arah Kota Bharu menghala ke Gua Musang.

"Tiba di tempat kejadian di Batu Jong mangsa melanggar kerbau yang sedang melintas jalan.

"Kereta dipandu mangsa telah hilang kawalan seterusnya terbabas ke sebelah kiri jalan lalu terlanggar tiang eletrik dan bangsal menjual daging di tepi jalan,"katanya.

Kes disiasat  dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan ( APJ) 1987 melibatkan sebuah kereta melanggar binatang.

Siasatan lanjut berhubung kejadian masih diteruskan.

Sinar Harian 10 Apr 2016

0 comments:

Post a Comment